Arkib bagi November, 2007

Shortcut Key dalam Windows

Dengan menggunakan shortcut key, kita dapat menjimatkan masa dengan melancarkan
arahan – arahan yang biasa digunakan, contohnya buka My Computer, lock komputer, dan macam – macam lagi.

Berikut merupakan senarai shortcut keys dalam Windows. “Win” adalah kekunci yang ada logo Windows tu.

Win + E Buka My Computer
Win + D Tunjukkan desktop (semua window yang dibuka akan minimize)
Win + M Minimize semua window yang dibuka
Win + F Buka Find
Win + Ctrl + F Buka Find Computers
Win + R Buka Run
Win + U Buka Utility Manager
Win + L Lock komputer
Win + Pause/Break Buka system properties
Win + F1 Buka Windows Help and Support
Win + Tab Tukar program yang berada di atas taskbar

Seterusnya…
Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen

Istilah: OS (Operating System)

OS (Operating System) adalah perantara hardware dan software di dalam sesebuah komputer. Dalam Bahasa Melayu, OS bermaksud Sistem Pengendalian atau Sistem Pengoperasian. Tugas – tugas yang dilakukan oleh sebuah OS adalah seperti mengawal input dan ouput, menetukan penggunaan memori komputer, dan menguruskan sistem rangkaian.

Salah satu contoh OS yang paling dikenali ialah Microsoft Windows, contohnya Windows XP dan Windows Vista. Windows banyak digunakan oleh PC dan laptop yang digunakan untuk tujuan peribadi, seperti di rumah.

Linux adalah sejenis OS yang dibina berdasarkan konsep open source, di mana ia adalah percuma, dan segala kod dan rekabentuk OS tersebut boleh diubahsuai. Linux banyak digunakan oleh server. Linux boleh didapati dalam pelbagai distro, contohnya Red Hat, Debian, dan Knoppix.

Terdapat banyak lagi contoh OS yang lain, seperti OS jenis Unix, Mac OS X, dan FreeBSD.


Site Meter

Tinggalkan Komen

“Access Denied” ketika Hendak Membuka Folder

Masalah ini kerap kali berlaku bila aku nak masukkan hard disk dari komputer lain ke dalam komputer aku, jadikannya sebagai slave, dan cuba untuk membuka satu-satu folder di dalam hard disk tersebut (biasanya pada My Documets). Satu error akan terpapar: “Access Denied

Teruskan membaca.

Baca baki entri ini »

Komentar (4)

Bagaimana Nak Buang kavo / ntdelect.com

Last update: December 2, 2007

Nama: WORM_ONLINEG.GBD/TROJ_NSPM.ADB

Platform: Windows 98, ME, NT, 2000, XP, and Server 2003

Cara mudah bagi membuang virus ini adalah dengan membuang dua fail utamanya, iaitu kavo.exe dan kavo0.dll. Kedua-dua fail ini terletak dalam C:\Windows\System32. Masalahnya, kavo0.dll akan inject ke dalam setiap proses Windows, so tak boleh delete.

Penyelesaiannya, korang restart komputer dalam safe mode dulu (tekan F8 sewaktu nak hidupkan PC). Lepas tu, delete kedua-dua fail ni.

Bagi advanced users, korang boleh rujuk nilai-nilai registry yang harus dibuang seperti di bawah… Baca baki entri ini »

Komentar (2)

10 Software yang Mesti Ada Dalam Windows

Selalu gak member-member tanya kat aku , “Ada software best tak?”. Um, apa yang best bagi aku mungkin berbeza dari korang, tapi software kat bawah ni adalah software yang mesti aku install tiap kali lepas install Windows

  1. Opera: Web browser paling pantas di muka bumi, ’nuff said. Firefox is okay too, but I still prefer Opera.
  2. Launchy: Mesti ada!! Launchy memudahkan kita membuka program atau apa – apa fail di dalam PC hanya dengan menaip beberapa keyword je. Tak perlu lagi nak navigate Start menu untuk mencari program.
  3. Picasa: Photo Manager dari Google, Picasa boleh memaparkan semua foto di dalam komputer pada satu skrin. Picasa memudahkan kita mengurus, melihat, serta membuat basic editing pada foto. Picasa juga membolehkan kita mengubahsuai satu-satu gambar tanpa menjejaskan imej asal.
  4. DAEMON: Virtual CD-DVD-ROM Emulator. Dengan Daemon, korang boleh mount CD image kepada mana-mana drive.
  5. FreeCommander: Sangat memudahkan pengurusan fail. Korang tak payah guna Windows Explorer dah. FreeCommader mempunyai fungsi dual-pane, tabbed browsing, serta boleh membaca fail .zip dan .rar tanpa perlu extract.
  6. OpenOffice Suite: Macam Microsoft Office, tetapi percuma.
  7. 7-Zip: Menguruskan fail jenis zip, rar, serta menyokong banyak format lain. 7-Zip mempunyai tahap compression yang tinggi, terutamanya bagi fail jenis .7z
  8. TrueCypt: On-the-fly encryption. TrueCrypt menyulitkan data supaya tidak dapat dibaca oleh orang yang tidak berkenaan. Berbanding software yang lain, anda tidak perlu menunggu bagi proses encryption atau decryption (terutamanya bagi fail bersaiz besar) kerana proses tersebut dilakukan secara automatik, sebelum fail dibuka / disimpan.
  9. VirtualBox: VirtualBox membolehkan kita memasang OS yang lain di dalam Windows sebagai Guest OS.
  10. ImgBurn: Burn CD/DVD dengan mudah dan pantas. Pilihan yang lebih baik berbanding Nero yang bersaiz besar tetapi banyak function yang tidak digunakan.


Site Meter

Tinggalkan Komen