Arkib bagi Disember, 2007

Thumb Calendar 2008

Selamat Tahun Baru 2008! Jika anda sedang mencari kalendar bagi tahun baru ini (tetapi malas hendak pergi ke supermarket untuk kalendar percuma), dapatkan Thumb Calendar. Dengan saiz sebesar business card, ThumbCalendar direka agar dapat dimuatkan di dalam dompet anda.


Site Meter

Tinggalkan Komen

Lindungi Fail Word Dengan Password

Jika anda seorang pengguna Office 2007, anda mungkin perasan akan pilihan untuk meletakkan password pada dokumen melalui menu File | Prepare | Encrypt Document.

Bagi pengguna Office 2003, pilihan ini boleh didapati dari menu Tools | Options. Pilih tab Security, dan masukkan kata laluan anda di kotak yang disediakan.

Fungsi ini berguna sekiranya anda ingin melindungi dokumen Word anda. Contohnya pada assignment yang anda tak nak roommate anda tiru ^^


Site Meter

Tinggalkan Komen

Berapakah Nilai Blog Ini?

Baru semalam saya melawati laman web ini untuk melihat nilai blog saya. Just for fun. Semalam, harga blog saya ialah $0. Hari ini, nilai blog saya tiba-tiba meningkat kepada $1,129.08. Amusing.


My blog is worth $1,129.08.
How much is your blog worth?

Tak tau lah algoritma apa yang Dane Carlson ni guna untuk menilai harga sesebuah blog. Entah betul entahkan tidak. Yang pasti, beliau memang pandai mengumpan link ke laman web beliau. Hmm…


Site Meter

Tinggalkan Komen

Selamat Tahun Baru 2008

Smallman.Com ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca. Moga ketibaan tahun 2008 ini kita sambut dengan penuh rasa syukur pada Allah SWT.

Azam tahun baru, saya akan tulis lebih banyak entri untuk blog ini, Insya-Allah ^^


Site Meter

Komentar (2)

Buka Fail Office 2007 menggunakan Office 2003

Berapa kali anda berhadapan dengan situasi di mana, anda tidak dapat membuka fail dari Microsoft Office 2007? Seperti yang sedia maklum, Office 2007 menyimpan fail dalam format .docx, .pptx, .xlsx dan sebagainya. Format baru dari Office 2007 ini tidak dapat dibuka menggunakan Office 2003 ataupun versi Microsoft Office yang sebelumnya.

Bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh menggunakan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack bagi membuka fail dari Office 2007 menggunakan Office 2003, Office XP, ataupun Office 2000. Anda juga boleh mengubahsuai serta save tersebut dalam format asal, iaitu format Office 2007. Klik di sini untuk mendapatkan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack yang terbaru dari Microsoft.

Dari Freewaregenius.


Site Meter

Tinggalkan Komen

Menaip di dalam JDarkRoom

Bagi mereka yang gemarkan filerm The Matrix, anda mungkin berminat untuk menaip menggunakan JDarkRoom. JDarkRoom merupakan perisian yang amat mudah dan ringkas tanpa sebarang ciri – ciri tambahan yang lain. Lagipun, ia nampak cool ^^


Site Meter

Tinggalkan Komen

Menetapkan Shortcut bagi Program

Dengan menggunakan kombinasi papan kekunci yang anda suka, anda boleh menetapkan shortcut kepada program kegemaran anda. Ikut langkah – langkah dibawah.

  1. Right – click pada ikon program kegemaran anda dan pilih Properties (pastikan fail tersebut merupakan fail shortcut, bukan program asal).
  2. Pada kotak Shortcut Key, masukkan kombinasi papan kekunci anda. Kombinasi juga boleh menggunakan kekunci F1 – F12.
  3. Klik butang OK.

Mengikut gambarajah di atas, bila sahaja saya menekan Ctrl + Alt + D, FreeCommander akan dilancarkan secara automatik.
Site Meter

Tinggalkan Komen

PC yang Bogel

Keadaan PC aku sekarang. Takde casing :(


Site Meter

Komentar (4)

Launchy: Lancarkan Program dengan Pantas

Launchy adalah perisian yang memudahkan kita untuk melancarkan apa-apa program dan application di dalam komputer. Dengan menekan Alt + Space, Launchy akan dipaparkan dan kita boleh memasukkan nama bagi program yang berkaitan. Anda tidak semestinya harus memasukkan nama penuh bagi program tersebut, kerana Launchy akan meneka program yang bersesuaian berdasarkan nama yang anda telah masukkan.

Apabila saya menaip “ope” di dalam Launchy, ia akan memaparkan senarai program yang berkaitan, yang mana salah satu daripadanya adalah Opera. Apabila saya telah menggunakan Launchy buat beberapa ketika, Launchy telah mengetahui bahawa Opera merupakan program kegemaran saya, di mana apabila saya memasukkan ‘O’ di dalam Launchy, ia terus memaparkan Opera.

Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen

Bagaimana nak Download Video dari YouTube

Ikuti langkah-langkah berikut untuk download video dari YouTube menggunakan laman web KeepVid.

  1. Pada laman YouTube, klik pada “more” untuk memaparkan URL bagi video tersebut.
  2. Copy URL yang diberikan.
  3. Pergi ke laman web KeepVid dan paste link tadi ke dalam ruang yang disediakan. Klik pada butang download.
  4. Setelah beberapa ketika, KeepVid akan memaparkan link yang boleh anda klik untuk memulakan download. Klik pada link tersebut untuk memulakan download.


Site Meter

Tinggalkan Komen

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »