Install Windows pada Laptop dan Hard Disk SATA?

Masalah selalu berlaku jika anda ingin reinstall Windows XP dalam laptop, apabila hard disk tidak dapat dikesan oleh Windows. Ini berlaku kerana laptop kini biasanya mempunyai hard disk jenis SATA. Untuk install Windows dalam hard disk SATA, anda haruslah mempunyai driver SATA tersebut, yang selalunya dibekalkan bersama disket. Jika laptop anda tidak mempunyai tempat untuk disket, anda haruslah menggunakan cara “Slipstream”.

Dengan slipstream, anda boleh memasukkan driver SATA anda ke dalam CD supaya CD Windows tersebut akan mengesan hard disk anda secara automatik, sewaktu proses install Windows. Berikut saya tunjukkan cara untuk slipstream CD Windows menggunakan nLite. Dapatkan nLite di sini.

  1. Pada paparan awal nLite “Welcome to nLite!”, klik butang Next.
  2. Paparan kedua, “Locating the Windows Installation”. Di sini, anda harus memasukkan CD Windows XP. Setalah CD dimasukkan tekan pada butang browse dan pilih CD Windows XP anda tadi.
  3. Satu kotak mesej akan keluar, “Select where to save the CD installation files for modification. Choose or create an empy folder.” Di sini, anda harus buat satu folder dalam hard disk anda di mana Lite akan copy segala fail dari CD Windows XP ke dalam folder tersebut.
  4. Setelah folder dibuat/dipilih, nLite akan menjalankan proses menyalin, “Copying…”. Tunggu sehingga selesai dan klik butang Next.
  5. Paparan Presets akan keluar. Tekan Next sahaja.
  6. Paparan Task Selection akan keluar. Klik pada “Drivers” dan “Bootable ISO” dan klik pada butang Next.
  7. Paparan Drivers akan keluar. Klik pada butang Insert dan pilih Single Driver. Di sini, anda harus memilih fail driver yang terdapat dalam komputer anda. Klik pada fail tersebut dan klik butang Open.
  8. Sebaik-baiknya, pilih satu sahaja driver mengikut jenis OS yang sesuai. Perhatikan bahawa driver anda telah tersenarai. Klik pada butang Next.
  9. Paparan “Processing…” akan keluar. Satu kotak mesej akan keluar, “Do you want to start the process?”. Klik OK. Tungu sehingga proses selesai dan klik Next.
  10. Paparan Bootable ISO akan keluar. Di sini, anda boleh membuat fail ISO atau anda boleh burn terus ke dalam CD. Jika anda tidak biasa dengan fail ISO, pilih Direct Burn dari mode dan klik pada butang Burn.
  11. Setelah proses Create ISO atau Diret Burn selesai, klik pada butang Next. Kemudian klik Finish setelah selesai dengan nLite.

Kini, CD yang anda telah burn tadi bolehlah digunakan untuk reinstall Windows. Di bawah adalah screenshot bagi proses yang berlaku. Klik pada gambar untuk besarkan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Adakah artikel ini membantu anda? Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila tinggalkan komen atau hantarkan emel kepada saya.


Site Meter

8 komen »

  1. melayubuntu berkata

    nice blog bro..
    keep it up!

  2. ivan berkata

    saya sudah mengikuti prosedur di atas dan ternyata masih menemui kesulitan Hard disk nya masih belum bisa dikenali sama windows saya minta di terangin cara instalasinya terima kasih sebelumnya

  3. rightbrainer berkata

    ivan: boleh bagi model driver sata?

  4. wadud berkata

    assalamualaikum wbt

    saya dah try buat slipstream utk win xp sp2 pro tp xleh. saya baru beli laptop compaq presario v3658tu (tanpa cd driver dan sata driver). harap saudara dapat membantu saya mengatasi masalah ini.

    ada yg kata leh adjust “disable” sata drive kat bios setup tp laptop ni xde option tu. so, kena gak buat slipstream tu. harap dapat membantu. terima kasih

  5. KrenZ berkata

    Saya coba Slipstream di Notebook HP Compaq Nx6320 tapi masih
    gak mau baca Harddisknya ????, Ada Solusinya ???

  6. dhanu berkata

    koq masih lum bisa mas

  7. DINSMA berkata

    saya dah buat seperti di atas tapi xleh berjaya jgak. moga pihak tuan dapat menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci.

  8. flix3 berkata

    Saya telah coba memasuki nLite website.Terdapat pelbagai version nLite.Yang mana satu nLite yang sesuai untuk digunakan ?

RSS feed untuk komen pos ini · URI Trackback

Tinggalkan Komen