Bina Laman Web: Pilih Warna Yang Sesuai
Baru - baru ini saya diberi tugas untuk membina sebuah laman web buat sebuah syarikat. Dah la saya ni hanya pelajar praktikal, memang kena buli je. Dalam proses membuat rekabentuk bagi laman web ini, keputusan yang paling sukar hendak dibuat adalah memilih warna yang sesuai (nak lagi orang yang rabun design seperti saya ni :p).

Pemilihan warna adalah merupakan satu aspek yang sangat penting bagi sesebuah laman web. Gabungan warna haruslah sepadan, kalau tidak laman web akan nampak serabut. Mujurlah saya terjumpa ColorBlender. Laman web ini dapat membantu anda untuk memilih gabungan warna yang sesuai. Hanya pilih satu warna yang anda kehendaki, dan ColorBlender akan memberi anda lima lagi warna yang sepadan. Terdapat juga pilihan untuk mengeluarkan set warna secara rawak. Anda juga boleh menyimpan set warna yang anda telah pilih untuk kegunaan di masa hadapan.
HongKiat juga ada menyenaraikan 18 laman web yang menyediakan bantuan dalam pemilihan warna, termasuklah:
- Adobe Kuler
- Colr.org
- Colour Lovers
- 4096 Color Wheels
- Color Schemer
- Color Palette Generator
- Web 2.0 Color Palette
- Color Scheme Generator
- ColorJack
- Color Harmony
- Color Blender (ops, ada juga dalam senarai ni rupanya :p)
- Color Schemer Online v2
- ColorDB
- Accessibility Color Wheel
- Color Hunter
- GenoPal
- Pic2Color
NoktahHitam berkata,
Januari 18, 2008 @ 8:10 pm
selalunya nak pilih kaler, kene ikut company nye corporate color. tak leh nak main tibai je. kalau tau, ilang ‘branding’ capability.
rightbrainer berkata,
Januari 18, 2008 @ 11:07 pm
betul2. tapi kebebasan untuk memilih warna yang diberikan telah saya gunakan sepenuhmya >_<
Boydalle berkata,
Mei 13, 2008 @ 5:32 pm
ma kasih ya mas infonya….salam