Cari Teks dalam Banyak Fail

Bagi pengaturcara – pengaturcara di luar sana, anda mungkin sudah biasa dengan Notepad++. Editor serba boleh ini menyokong banyak bahasa pengaturcaraan di samping fungsi – fungsi yang pelbagai. Di sini saya ingin menunjukkan satu tips yang amat meudahakan bukan sahaja kepada pengaturcara, malah juga kepada pengguna biasa.

Fungsi tersebut adalah mencari teks dalam banyak fail. Ini boleh diakses dari menu Search > “Find in files…”; atau tekan sahaja Ctrl + Shift + F. Apabila paparan Find keluar, anda boleh memasukkan teks carian anda pada bahagian “Find what”. Filter pula digunakan untuk menapis jenis fail yang anda tidak ingin sertakan dalam pencarian. Directory adalah fungsi yang terpenting di sini, di mana anda boleh nyatakan folder manakah yang akan dicari. Apabila anda menekan Enter, Notepad++ akan mencari teks tersebut, di dalam fail-fail yang terdapat di kesemua direktori yang dinyatakan.

Saya amat kagum dengan kepantasan Notepad++ melakukan tugas ini. Sebelum ini saya mencuba WinGrep kerana telah digembar-gemburkan ia mampu melakukan fungsi ini dengan lebih pantas, tetapi saya kecewa apabila ia tidak melihat pun ke dalam fail PHP walaupun telah dinyatakan. Nasib baik ada Notepad++

Selain pantas, Notepad++ memaparkan hasil carian dalam bentuk yang amat memudahkan. Seperti yang anda lihat pada rajah di atas, setiap fail yang dijumpai akan ditanda dengan warna hijau. Anda boleh dwi-klik pada barisan tersebut, dan keluarlah hasil-hasil yang dijumpai. Seterusnya, anda dwi-klik pada mana-mana hasil carian (contohnya “Line 135 : …” pada rajah) dan anda akan dibawa kepada teks tersebut. Notepad mempunyai fungsi tab, jadi fail tersebut akan dibuka pada satu tab yang baru.

2 komen »

  1. Azhar Ahmad berkata

    Saya guna satu perisian lagi untuk prgramming. TextPad nama dia… Kena install. Hummm, dia bagus pasal sokong 5 bahasa utama, C dan seangkatan dengannya, pengaturcaraan internet, text, Bahasa aras rendah sepeti MASM, dan yang paling penting, dia ada function untuk tukar dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain. PHP -> C, C -> MASM dan sebagainya…

  2. rightbrainer berkata

    Oh, terima kasih atas info tu. Saya pun baru lagi dalam programming ni =)

RSS feed untuk komen pos ini · URI Trackback

Tinggalkan Komen