Pada entri yang terdahulu, saya ada menerangkan tentang fail ISO. Kali ini saya ingin menerangkan cara – cara untuk membuat fail ISO, serta bagaimana menggunakannya.
Mari kita ulangkaji semula. Apakah itu fail ISO? Secara ringkas, apabila CD/DVD disimpan dalam komputer anda dalam bentuk fail, ia dipanggil ISO.
Apakah kelebihan menggunakan fail ISO? Kalau saya nak mainkan CD, saya masukkan je la dalam CD-ROM tu, pe susah… huh.
Hehe, OK. Ada beberapa situasi di mana menggunakan fail ISO adalah lebih cekap dan bijak. Antaranya ialah:
- Anda kerap-kali menggunakan CD tertentu. Saya contohnya, selalu memerlukan CD Microsoft Office untuk install dan uninstall perisian tersebut.
- Terdapat game yang memerlukan CD. Oleh kerana anda terpaksa memasukkan CD setiap kali nak main Monkey Revenge 4, kan lebih senang kalau anda gunakan fail ISO. Tak perlu masukkan CD dah.
- CD Windows XP anda selalu dipinjam oleh rakan-rakan. Dah pinjam, tak reti nak pulang. Buat satu salinan ISO sebagai backup kepada CD anda.
Tak kisahlah apa yang anda ingin gunakan dengan fail ISO, yang penting kita ingin belajar. Mari teruskan.
Cara – cara untuk membuat fail ISO
Banyak perisian yang boleh digunakan untuk membuat fail ISO, contohnya ImgBurn. Saya cadangkan anda gunakan LC ISO Creator kerana ia sangat mudah digunakan. Cuma masukkan CD/DVD ke dalam pemacu CD/DVD anda dan tekan butang “Create ISO”.

Cara – cara untuk menggunakan fail ISO
Bagi menggunakan fail ISO pula, gunakan Daemon. Apabila proses install Daemon ini telah selesai, klik kiri pada ikon kecil Daemon yang terdapat pada system tray dan klik pada Device 0 dan pilih fail ISO anda. Sekarang, fail ISO tersebut akan terpapar pada My Computer anda, seolah – olah anda sedang memasukkan CD tersebut.
Itu sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba!

Azhar Ahmad berkata
Hummm, jujur beritahu… Ini ilmu baru bagi saya… Terima kasihhhh
rightbrainer berkata
kasehmu diterima… hehehe
tengah heppi ni dapat domain sendirik.. ke3
Nasron al-Jauhari berkata
ya ya, saya pun baru tau. tapi saya nak gunakan untuk apa ya? beri idea sket.
khairul kecil berkata
@nasron:
umm… kalau awak ada CD yang penting; boleh buat backup dengan ISO. kalau hilang@rosak CD asal tu, boleh buat balik
ataupun ada game yang memerlukan CD dimasukkan, baru boleh main. awak buat satu fail ISO dan mount ia, takyah susah2 nak masukkan CD dah pasni
harap membantu ^^
FixMaster berkata
Bagus Sgt benda ni x yah susah nak masukkan Cd nak men GM ^^
Mazna berkata
terima kasih kerana tak kedekut ilmu…satu lagi nak tanya , bila kita dah insert game banyak,tak ke jadi ape2 pada komputer kite?