Arkib bagi Laman Web
Januari 18, 2008 pada 3:44 pm
· Dikirim dalam Laman Web ·Tagged Laman Web, pembangunan web
Baru – baru ini saya diberi tugas untuk membina sebuah laman web buat sebuah syarikat. Dah la saya ni hanya pelajar praktikal, memang kena buli je. Dalam proses membuat rekabentuk bagi laman web ini, keputusan yang paling sukar hendak dibuat adalah memilih warna yang sesuai (nak lagi orang yang rabun design seperti saya ni :p).

Pemilihan warna adalah merupakan satu aspek yang sangat penting bagi sesebuah laman web. Gabungan warna haruslah sepadan, kalau tidak laman web akan nampak serabut. Mujurlah saya terjumpa ColorBlender. Laman web ini dapat membantu anda untuk memilih gabungan warna yang sesuai. Hanya pilih satu warna yang anda kehendaki, dan ColorBlender akan memberi anda lima lagi warna yang sepadan. Terdapat juga pilihan untuk mengeluarkan set warna secara rawak. Anda juga boleh menyimpan set warna yang anda telah pilih untuk kegunaan di masa hadapan.
Baca baki entri ini »
Pautan Kekal
Januari 14, 2008 pada 3:29 pm
· Dikirim dalam Laman Web ·Tagged audio, hiburan, Laman Web
Kini anda boleh mencari lagu – lagu mp3 kegemaran anda dengan menggunakan laman web BeeMP3. BeeMP3 berfungsi sebagai enjin pencarian fail mp3 di dalam Internet. Menurut laman web tersebut, mereka kini mempunyai 80 000 buah lagu yang telah berada di dalam pengkalan data, dan 10 000 buah lagu ditambah setiap hari.

Dari HongKiat.

Pautan Kekal
Januari 11, 2008 pada 2:30 am
· Dikirim dalam Download, Laman Web ·Tagged desktop, Download, Laman Web
Pautan Kekal
Januari 5, 2008 pada 5:30 am
· Dikirim dalam Laman Web ·Tagged Laman Web
Apabila anda melayari Internet, kadang-kadang anda akan berjumpa dengan laman web yang memerlukan user name dan password untuk masuk. Bagi mengakses maklumat di dalam laman web tersebut, anda terpaksa mendaftar dengan memasukkan nama, e-mel, dan sebagainya.
Bagi sesetengah orang, proses pendaftaran ini adalah leceh dan menyusahkan. Kadang – kadang meraka akan memberikan nama dan e-mel palsu kerana tidak mahu e-mel terdedah kepada spam.
Servis BugMeNot menyediakan user name dan password percuma bagi hampir 14,000 buah laman web. Anda hanya perlu memasukkan nama laman web yang ingin anda layari dan BugMeNot akan memberi user name dan password yang boleh digunakan.

Dari Wired.
Pautan Kekal
Januari 5, 2008 pada 4:57 am
· Dikirim dalam Laman Web, Tips, Windows ·Tagged Laman Web, Tips, Windows
DownloadSquad memberi tips bagaimana hendak hendak melayari laman web tanpa menggunakan web browser (pelayar web – contohnya Internet Explorer, FIrefox, Opera dsb). Cara mudah sahaja:
- Buka mana – mana aplikasi Windows, contohnya Notepad
- Klik pada menu Help dan pilih Help Topics.
- Right – click pada title bar (bar tajuk yang berwarna biru) dan pilih “Jumpto URL..”.

- Taip URL bagi laman web tersebut. Pastikan anda menaip URL secara penuh, termasulah “htp://”

Tiada kelebihan pun melayari laman web dengan cara ini. Namun, ia mungkin berguna apabila web browser anda tidak dapat berfungsi, atau telah dihadkan oleh administrator.
Dari DownloadSquad.
Pautan Kekal
Januari 3, 2008 pada 6:52 am
· Dikirim dalam Laman Web ·Tagged anti-virus, Laman Web
NanoScan adalah servis pengesan Virus secara online yang dibina oleh Panda Software. Ini bermakna, anda tidak perlu install apa – apa software di dalam komputer. Apa yang anda perlukan hanyalah sambungan Internet, dan NanoScan akan memeriksa komputer anda secara atas talian.

Masa yang diambil oleh NanoScan amat pantas,kira - kira 1 minit sahaja untuk memeriksa keseluruhan PC anda. Jika NanoScan mengesan apa – apa ancaman pada PC anda, anda bolehlah menggunakan TotalScan untuk membuang ancaman – ancaman tersebut.
Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai NanoScan dan TotalScan.
Baca baki entri ini »
Pautan Kekal
Januari 1, 2008 pada 4:32 am
· Dikirim dalam Laman Web ·Tagged emel, Laman Web
Guerilla Mail menyediakan e-mel sementara yang akan bertahan selama 15 minit. Ia tidak memerlukan pendaftaran, anda hanya perlu klik pada “Get temporary e-mail” bagi mendapatkan e-mel sementara anda. Jika anda ingin melanjutkan tempoh hayat bagi e-mel tersebut, anda hanya perlu tekan pada “Give me 15 more minutes” bagi 15 minit tambahan. Sepanjang tempoh yang diberikan, anda boleh menulis, menerima, dan membalas e-mel.

Di manakah anda perlu menggunakan servis seperti Guerilla Mail ini? Biasanya ia perlu apabila anda ingin mendaftar dengan satu-satu laman web yang dikhuatiri, dan bimbang laman web tersebut akan menghantar banyak spam kepada e-mel anda. Dengan Guerilla Mail, anda tak perlu risau kerana e-mel tersebut hanyalah e-mel sementara sahaja.

Pautan Kekal
Disember 30, 2007 pada 8:03 am
· Dikirim dalam Laman Web, Sembang Editor ·Tagged blog, Internet
Baru semalam saya melawati laman web ini untuk melihat nilai blog saya. Just for fun. Semalam, harga blog saya ialah $0. Hari ini, nilai blog saya tiba-tiba meningkat kepada $1,129.08. Amusing.
Tak tau lah algoritma apa yang Dane Carlson ni guna untuk menilai harga sesebuah blog. Entah betul entahkan tidak. Yang pasti, beliau memang pandai mengumpan link ke laman web beliau. Hmm…

Pautan Kekal
Disember 24, 2007 pada 9:38 pm
· Dikirim dalam Laman Web ·Tagged Download, Laman Web
Ikuti langkah-langkah berikut untuk download video dari YouTube menggunakan laman web KeepVid.
- Pada laman YouTube, klik pada “more” untuk memaparkan URL bagi video tersebut.

- Copy URL yang diberikan.
- Pergi ke laman web KeepVid dan paste link tadi ke dalam ruang yang disediakan. Klik pada butang download.
- Setelah beberapa ketika, KeepVid akan memaparkan link yang boleh anda klik untuk memulakan download. Klik pada link tersebut untuk memulakan download.


Pautan Kekal
Disember 24, 2007 pada 9:24 pm
· Dikirim dalam Laman Web ·Tagged Laman Web
Nak jadi cover majalah? Senang je. Pergi ke laman web MagMyPic dan upload gambar anda. Antara majalah – majalah yang boleh anda pilih adalah seperti Time, Vogue, PCGamer, dan Seventeen. Anda juga boleh letak imej tersebut terus kepada Friendster, Myspace, Facebook dan banyak lagi. Tak susah pun nak jadi cover majalah rupenye ^^


Pautan Kekal