Arkib bagi Masalah Komputer
Januari 25, 2008 pada 9:23 am
· Dikirim dalam Masalah Komputer, Virus/Malware, Windows ·Tagged malware, Masalah Komputer, registry, virus, Windows
Pada pos yang lepas, saya ada menyatakan cara – cara untuk membaiki Task Manager yang disekat. Kali ini saya akan menerangkan langkah – langkah yang diperlukan jika akses kepada regedit disekat. Masalah ini juga kerap kali berlaku disebabkan serangan virus / malware. Apabila anda cuba melancarkan regedit dari kotak Run, Windows akan memaparkan mesej, “Registry editing has been disabled by your administrator”. Ikuti langkah – langkah di bawah:
Gunakan Group Policy Editor dengan menaip gpedit.msc pada kotak Run, dan tekan kekunci Enter. Group Policy akan dipaparkan. Pada bahagian kiri tetingkap Group Policy, cari nilai berikut:
- User Configuration
- Administrative Templates
- System
Di sebelah kanan, dwi-klik pada nilai “Prevent access to registry editing tools” dan tukar tetapan kepada Disabled.
Jika ada mempunyai perisian yang boleh mengakses registry, pergi ke nilai ini:
- HKEY_CURRENT_USER
- Software
- Microsoft
- Windows
- CurrentVersion
- Policies
- System
Perhatikan nilai DisableRegistryTools, dan buang nilai tersebut.
Pautan Kekal
Januari 23, 2008 pada 8:29 am
· Dikirim dalam Download, Masalah Komputer, Virus/Malware, Windows ·Tagged antivirus, boot cd, virus, Windows
Atas pertanyaan Azhar, pada entri ini saya ingin menerangkan kepada anda apa yang perlu dibuat jika virus di dalam komputer tidak membenarkan pemasangan antivirus. Adakah anda perlu format komputer? Tidak sama sekali! Sebenarnya terdapat 1001 peyelesaian terhadap masalah komputer (;p) tanpa perlu format semula komputer.
Ok, cadangan saya bagi masalah kita ini adalah scan komputer sebelum Windows dimulakan. Mengapa? Kerana sebahagian besar virus hanya berfungsi selepas Windows dimulakan. Bagaimana? Dengan menggunakan bootable CD. Bootable CD bermaksud CD yang boleh dijalankan tanpa memerlukan Windows.
Baca baki entri ini »
Pautan Kekal
Januari 23, 2008 pada 1:26 am
· Dikirim dalam Masalah Komputer, Virus/Malware, Windows ·Tagged Masalah Komputer, task manager, Windows
Satu masalah yang kerap kali berlaku akibat serangan virus / malware ialah fungsi Task Manager dihalang. Cuba anda klik kanan pada taskbar anda dan perhatikan samada “Task Manager” berwarna kelabu, yang bermakna ia tidak boleh digunakan. Jika anda cuba membukanya melalui Run > taskmgr pula, satu kotak mesej akan keluar: “Task Manager has been disabled by your administrator.”
Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, anda haruslah terlebih dahulu membuang virus pada komputer tersebut. Gunakan perisian Anti-Virus seperti Avira, Avast, ataupun AVGFree
Jika AntiVirus anda telah dikacau oleh virus - virus durjana ini, ketahui bagaimana untuk scan virus sebelum masuk ke dalam Windows.
Buka Run dengan menekan kekunci Windows + R pada papan kekunci. Kemudian taip regedit dan tekan Enter. Pada bahagian kiri Regedit, pergi ke nilai berikut: HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft Windows > CurrentVersion > Policies. Perhatikan terdapat nilai Registry yang bernama DisableTaskMgr. Buang nilai ini dengan menekan kekunci Delete.
Pautan Kekal
Januari 8, 2008 pada 6:04 am
· Dikirim dalam Masalah Komputer, Windows ·Tagged Download, Masalah Komputer, Tips, Windows
Masalah selalu berlaku jika anda ingin reinstall Windows XP dalam laptop, apabila hard disk tidak dapat dikesan oleh Windows. Ini berlaku kerana laptop kini biasanya mempunyai hard disk jenis SATA. Untuk install Windows dalam hard disk SATA, anda haruslah mempunyai driver SATA tersebut, yang selalunya dibekalkan bersama disket. Jika laptop anda tidak mempunyai tempat untuk disket, anda haruslah menggunakan cara “Slipstream”.
Dengan slipstream, anda boleh memasukkan driver SATA anda ke dalam CD supaya CD Windows tersebut akan mengesan hard disk anda secara automatik, sewaktu proses install Windows. Berikut saya tunjukkan cara untuk slipstream CD Windows menggunakan nLite. Dapatkan nLite di sini.
Baca baki entri ini »
Pautan Kekal
November 25, 2007 pada 8:26 am
· Dikirim dalam Masalah Komputer, Windows ·Tagged Masalah Komputer, Windows
Masalah ini kerap kali berlaku bila aku nak masukkan hard disk dari komputer lain ke dalam komputer aku, jadikannya sebagai slave, dan cuba untuk membuka satu-satu folder di dalam hard disk tersebut (biasanya pada My Documets). Satu error akan terpapar: “Access Denied“

Teruskan membaca.
Baca baki entri ini »
Pautan Kekal