Arkib bagi Sembang Editor

RM250 untuk sebuah PC, Ada Yang Berminat?

Baru sahaja terbaca entri ini dari melayubuntu: bina PC sendiri dengan kos $72 sahaja (dari Popular Science). Jika ditukar kepada Ringgit Malaysia, PC ini cuma berharga RM 250 sahaja. Dengan CPU jenis Intel Celeron 500Hz, 128MB SDRAM, dan USB Drive (ia tidak memerlukan hard disk), PC ini sudah cukup untuk tujuan menaip dan melayari Internet. OS yang digunakan adalah Damn Small Linux, satu jenis OS Linux yang popular kerana saiznya yang amat kecil.

Bagi saya, kreativiti seperti ini adalah sangat menarik. Oleh kerana ramai orang terlalu mengikut trend dan perkembangan teknologi, mereka berlumba – lumba meningkatkan keupayaan PC masing – masing dengan menambah graphic card, RAM, casing yang canggih, dan macam – macam lagi. Kalau PC tersebut digunakan untuk tugas – tugas yang berat (image processing, video editing) lain cerita, tapi menghabiskan sejumlah duit yang banyak hanya untuk bermain permainan komputer adalah satu perbuatan yang membazir.

Baca baki entri ini »

Komentar (4)

Cuti Semester Habis! T_T

Ops, cuti semester dah habis. Aku akan balik ke Pulau Pinang hari ini, tapi bukan untuk tinggal di sana. Pelajar semester 6 lelaki tidak diberikan kemudahan asrama, walau MPP sekalipun. Jadi terpaksalah aku balik ke sana dan angkut semua brang – barang aku. Jadi, jumpa lagi 2 – 3 hari akan datang ^^

Komentar (4)

Berapakah Nilai Blog Ini?

Baru semalam saya melawati laman web ini untuk melihat nilai blog saya. Just for fun. Semalam, harga blog saya ialah $0. Hari ini, nilai blog saya tiba-tiba meningkat kepada $1,129.08. Amusing.


My blog is worth $1,129.08.
How much is your blog worth?

Tak tau lah algoritma apa yang Dane Carlson ni guna untuk menilai harga sesebuah blog. Entah betul entahkan tidak. Yang pasti, beliau memang pandai mengumpan link ke laman web beliau. Hmm…


Site Meter

Tinggalkan Komen

PC yang Bogel

Keadaan PC aku sekarang. Takde casing :(


Site Meter

Komentar (4)