Arkib bagi Uncategorized

Istilah Komputer: Taskbar

Dalam Windows, taskbar adalah bar yang memaparkan program dan Windows yang sedang dibuka. Di bahagian kanan taskbar biasanya terdapat jam serta tray icon.


Site Meter

Tinggalkan Komen

Istilah Komputer: Download dan Upload

Download atau muat turun berlaku apabila anda mengambil sesuatu fail dari Internet dan memasukkannya ke dalam komputer anda.

Upload atau muat naik berlaku apabila anda meletakkan sesuatu fail dari komputer anda untuk diletakkan ke atas sesebuah laman web.


Site Meter

Tinggalkan Komen

Istilah: OS (Operating System)

OS (Operating System) adalah perantara hardware dan software di dalam sesebuah komputer. Dalam Bahasa Melayu, OS bermaksud Sistem Pengendalian atau Sistem Pengoperasian. Tugas – tugas yang dilakukan oleh sebuah OS adalah seperti mengawal input dan ouput, menetukan penggunaan memori komputer, dan menguruskan sistem rangkaian.

Salah satu contoh OS yang paling dikenali ialah Microsoft Windows, contohnya Windows XP dan Windows Vista. Windows banyak digunakan oleh PC dan laptop yang digunakan untuk tujuan peribadi, seperti di rumah.

Linux adalah sejenis OS yang dibina berdasarkan konsep open source, di mana ia adalah percuma, dan segala kod dan rekabentuk OS tersebut boleh diubahsuai. Linux banyak digunakan oleh server. Linux boleh didapati dalam pelbagai distro, contohnya Red Hat, Debian, dan Knoppix.

Terdapat banyak lagi contoh OS yang lain, seperti OS jenis Unix, Mac OS X, dan FreeBSD.


Site Meter

Tinggalkan Komen